NUR Jazlan  (dua dari kanan) bersama sebahagian graduan  di Majlis Graduasi Pengasih 2017.
NUR Jazlan (dua dari kanan) bersama sebahagian graduan di Majlis Graduasi Pengasih 2017.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kuala Lumpur : “Cukuplah tiga puluh tahun saya jadi ‘hamba’ dadah yang menyebabkan kehidupan saya porak peranda.

“Saya tidak mahu ulang kesilapan lalu dan alhamdulillah kini saya berjaya membebaskan diri sepenuhnya daripada najis dadah selepas menjalani rawatan pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), dua tahun lalu,” demikian pengakuan Syamsul Bahri Alias.

Syamsul Bahri, 49, adalah bekas penagih dadah dan juga salah seorang daripada 68 graduan Persatuan Pengasih Malaysia yang diraikan dalam Majlis Graduasi Pengasih 2017 di Maju Tower, di sini, semalam.

Sijil graduasi disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Berkongsi sejarah hitam hidupnya Syamsul Bahri berkata, dia mula terjebak dengan najis dadah ketika berusia 16 tahun disebabkan terpengaruh dengan rakan.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari luar negara kerana mengikuti bapanya iaitu penjawat awam bertugas di sana dan mengalami kejutan budaya apabila menetap di ibu kota.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 4:59 AM