SUHARDI dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
SUHARDI dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang lelaki dipenjara tujuh hari dan denda RM500 di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri lampu suluh kecil berharga RM6.50 di sebuah kedai.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Suhardi Mohd Salleh, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lalu.

Sebelum itu, Nik Habri menasihati tertuduh dan orang ramai supaya mengambil pengajaran terhadap kesalahan terbabit.

“Kalau ikutkan, kesalahan ini boleh kena penjara 10 tahun. Saya harap hukuman ini jadi pengajaran kepada awak dan semua,” katanya.

Tertuduh didakwa mencuri lampu suluh kecil berharga RM6.50 di kedai di pasar raya Parkson, Jalan Parit Dalam, di sini, pada jam 3.30 petang, 6 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 10:06 AM