KENDERAAN yang dinaiki mangsa.
KENDERAAN yang dinaiki mangsa.

Miri: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaikinya bertembung kereta peronda polis di simpang empat dekat Kampung Beraya Lama, Jalan Persisiran Pantai Miri- Bintulu di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian jam 11 pagi itu berlaku apabila Toyota Hilux berkenaan cuba memotong kereta peronda polis yang mahu memasuki simpang
di lokasi kejadian.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Asisten Superintendan Matthew Manggie berkata, kecuaian pemandu Toyota Hilux yang tidak menyedari kereta peronda polis di hadapannya punca kemalangan itu.

Menurutnya, penumpang Toyota Hilux, Emat Ancha, 50, disahkan meninggal dunia, manakala pemandu lelaki yang berusia 50-an cedera ringan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 6:25 AM