Keadaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Balang.
Keadaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Balang.
myMetro

Kuala Lumpur: Seorang buruh binaan maut tercampak hampir 10 meter apabila motosikal ditunggang merempuh kereta di Jalan Kampung Padang Balang, di sini, 7.40 pagi semalam.

Miftahul Khoiri, 40, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan awal mendapati mangsa merempuh kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 38 tahun.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan menyebabkan maut di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai dari Sentul ke Gombak sebelum melanggar bahagian kanan kereta itu yang membuat pusingan U di tempat kejadian,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 9:13 AM