Anggota bomba  berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam  kenderaan yang  terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 10 meter.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 10 meter.

Bukit Tagar: Seorang maut manakala dua cedera selepas Perodua Viva dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 422.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Ipoh, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku jam 2 petang di laluan berselekoh berdekatan Plaza Tol Bukit Tagar.

Mangsa yang maut adalah wanita berusia 50-an yang ditemui terbaring berdekatan longkang dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.

Pemandu dan seorang penumpang masing-masing lelaki dan wanita tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, sebuah jentera dan ambulans bomba bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sementara mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Mangsa lelaki yang cedera dikenali Hew Boon Siang, 29, manakala dua wanita lagi termasuk yang maut belum dikenal pasti identitinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 7:57 AM