TIMBALAN Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan (dua kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak pada program beli-belah raya Yayasan Wilayah Persekutuan.
TIMBALAN Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan (dua kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak pada program beli-belah raya Yayasan Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur: Kedatangan Aidilfitri sememangnya dinanti, begitu juga dengan golongan kurang bernasib baik.

Bagi si cilik yang menghidap penyakit lebihan cecair di dalam kepala atau dikenali sebagai hidrosefalus, Nur Rabiatul Rosli, 7, setiap kali menjelang Syawal pakaian yang dipakai mesti diganti dan pulang ke kampung adalah satu kemestian.

Keletah anak bongsu daripada empat beradik yang petah berbicara menceriakan suasana ketika berlangsung Program Shopping Raya untuk anak yatim dan golongan berpendapatan rendah di sebuah pusat beli-belah, semalam.

Dalam program itu, 480 kanak-kanak kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan menerima RM100 dan kupon beli-belah RM150 sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Nur Rabiatul menceritakan keterujaan menyambut Aidilfitri dengan kelengkapan raya serba baru.

“Saya sudah beli kasut, baju dan seluar untuk hari raya. Tidak sabar menyambut raya dan pulang ke kampung,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:12 AM