SULTAN Mizan bersalaman dengan Ahmad Razif sambil diperhatikan Jamil Khir (tengah) pada Majlis Perasmian Wakaf Senusantara 2016, semalam.
SULTAN Mizan bersalaman dengan Ahmad Razif sambil diperhatikan Jamil Khir (tengah) pada Majlis Perasmian Wakaf Senusantara 2016, semalam.
myMetro

Kuala Terengganu: Syarikat kerajaan negeri, agensi swasta dan institusi kewangan diminta bersama-sama menyumbang dana bagi pembangunan hartanah wakaf negeri itu.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, harta wakaf adalah satu daripada tuntutan dalam Islam dan ia bukan suatu ibadat bagi mendapatkan pahala semata-mata, tetapi mampu menjadi saluran pengukuhan ekonomi dan sosial.

“Dengan berwakaf, secara tidak langsung ia dapat memartabatkan agama dan mempertingkatkan sosio- ekonomi umat Islam sehingga dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan umat Islam.

“Di Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang menjadi pemegang amanah tunggal harta wakaf negeri ini mempunyai 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan seperti tapak masjid, surau, manfaat wakaf, zuriat, anak yatim dan kebajikan sosial.

“Beta difahamkan ada tanah wakaf yang berpotensi untuk dimaju dan dibangunkan secara komersial, tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan dana bagi tujuan itu,” titahnya pada majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:05 AM