DR Wan Azizah  dan   Mohamed Azmin pada  Perasmian Kongres Nasional Tahunan Ke-11  2015.
DR Wan Azizah dan Mohamed Azmin pada Perasmian Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015.

Shah Alam: Pertama kali berkongsi pentas pembangkang menerusi Kongres Nasional Tahunan Ke-11 sejak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih sebulan lalu, Datuk Saifuddin Abdullah menggunakan peluang itu untuk berpidato semalam.

Saifuddin berkata, pembangkang yang kini menubuhkan Pakatan Harapan bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) perlu melihat angka penting diterjemahkan pengundi menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Keputusan PRU13 mempunyai angka mustahak, pertama, separuh pengundi mengundi pembangkang. Kedua, separuh pengundi Melayu Bumiputera masih ada kebimbangan terhadap parti mana yang perlu dipilih.

“Kita mesti meyakinkan rakyat kita mampu memimpin masa depan Malaysia,” katanya.

Saifuddin menyertai PKR selepas Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat pengumuman secara rasmi pada 15 Oktober lalu.

Beliau berpendapat PKR mempunyai model perpaduan kaum seperti Barisan Nasional (BN) biarpun ada parti lain melamarnya.

Turut membuat kemunculan kali pertama dalam kongres itu ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baru menyertai PKR.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2015 @ 5:06 AM