BAHAGIAN rumah limas lama termasuk lantai papan tidak menggunakan ‘paku besi’.
BAHAGIAN rumah limas lama termasuk lantai papan tidak menggunakan ‘paku besi’.
BAHAGIAN papan manis rumah limas yang dihias dengan seni ukiran tebuk.
BAHAGIAN papan manis rumah limas yang dihias dengan seni ukiran tebuk.
 HALIMAH
HALIMAH
ANTARA beberapa motif ukiran terdapat pada tiang rumah limas.
ANTARA beberapa motif ukiran terdapat pada tiang rumah limas.
TINGKAP  bercorak di dalam rumah limas.
TINGKAP bercorak di dalam rumah limas.
RUMAH limas Johor di Kampung Parit Besar, Bagan, Batu Pahat masih mengekalkan keaslian binaannya.
RUMAH limas Johor di Kampung Parit Besar, Bagan, Batu Pahat masih mengekalkan keaslian binaannya.
Oleh Mustapha Ismail

Batu Pahat: Selain keunikan seni binanya, sebahagian besar rumah tradisional Melayu yang banyak terdapat di luar bandar di daerah ini didapati masih kukuh biarpun ada antaranya sudah berusia lebih satu abad.

Bagi memastikan rumah pusaka warisan bangsa itu tetap utuh untuk tatapan generasi akan datang, usaha pemuliharaan seni bina yang mempunyai estetika tinggi itu perlu dipelopori pihak tertentu seperti Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Selain itu, antara yang menarik mengenai rumah limas Johor ialah seni ukiran pada bahagian tertentu kediaman berkenaan seperti yang terdapat pada papan manis, tiang, dinding serta anjung.

Malah, tindakan menghiasi bahagian atas bingkai tingkap sesebuah rumah limas dengan kepingan kaca pelbagai warna menjadikannya kelihatan lebih menarik dan mempunyai elemen moden.

Pengaruh limas pada kebanyakan rumah kediaman di daerah ini begitu kuat terutama pada bahagian bumbung yang didakwa lebih 80 peratus daripada rumah di Batu Pahat mempunyai konsep seni bina berkenaan terutama di Seri Medan dan Semerah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 8:38 AM