HISHAMMUDDIN  (tengah) mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, semalam.
HISHAMMUDDIN (tengah) mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, semalam.
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan semalam memperincikan hala tuju kementerian termasuk perancangan pembelian aset dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) bagi memperkasa pertahanan negara.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan permuafakatan daripada pihak berkepentingan empat tumpuan diberi dengan bersandarkan kemampuan kerajaan membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan di bawahnya.

Ia membabitkan peningkatan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM); meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman baru termasuk keselamatan Sabah; menambah baik aspek kebajikan anggota dan veteran ATM serta memperkukuh sektor inovasi dan komersial industri pertahanan.

“Untuk ATM, projek dirancang dibina termasuk Kompleks Batalion Infantri Standard dan Fasilitas Latihan di Bintulu,Sarawak serta Kem Pusat Latihan Armor (PULAMOR) di Gemas, Negeri Sembilan selain memperkasa Grup Gerak Khas (GGK) melalui pembelian peralatan telekomunikasi, persenjataan dan peralatan khusus.

“Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kementerian membangunkan Pusat Latihan Kemahiran Air, membina infrastruktur untuk melaksanakan baik pulih kapal selam Scorpene dan menyiapkan pakej Integrated Logistic Support (ILS) Littoral Combat Ship (LCS),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 10:05 AM