Alor Setar: Tindakan seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya hingga menyebabkan wanita itu hamil mengundang padah apabila dia dibelasah abang kekasihnya itu selepas perbuatan mereka terbongkar.

Akibat kejadian itu, lelaki berusia 20-an itu retak tulang pipi, lebam mata dan bengkak di belakang kepala akibat dibelasah suspek berusia 34 tahun hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Ahad lalu.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan melakukan hubungan seks bersama teman wanitanya berusia 22 tahun di sebuah hotel di sini, sembilan bulan lalu sebelum kekasihnya itu hamil tanpa pengetahuan keluarga.

Menurutnya, bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar apabila wanita itu bersalin bersendirian dalam bilik tidur di rumah keluarganya, kira-kira jam 1.30 petang Ahad lalu.

“Abang wanita itu kemudian menyedari kejadian berkenaan sebelum terus meminta penjelasan sebelum adiknya mendakwa dirogol kekasihnya.

“Berang dengan tindakan lelaki terbabit, mereka sekeluarga kemudian memanggil mangsa datang ke rumah untuk bersemuka dan berbincang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:05 AM