KAPAL malang yang terbalik akibat dipukul ombak setinggi 3 meter.
KAPAL malang yang terbalik akibat dipukul ombak setinggi 3 meter.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Pengerang: Nasib 14 kru kapal korek pasir Ocean Line 208 yang masih hilang berkemungkinan berjaya diselamatkan kapal yang berada di kawasan berdekatan atau terperangkap di dalam badan kapal yang karam.

Ini kerana ketika kapal korek berkenaan dipukul ombak besar dan karam dalam kejadian awal pagi semalam, kebanyakan krunya dipercayai sedang nyenyak tidur.

Dalam pada itu, pihak berkuasa percaya muatan pasir berlebihan selain dibadai ombak setinggi tiga meter berkemungkinan menjadi faktor utama kapal korek itu karam di perairan Beting Ramunia yang terletak 8.6 batu nautika dari Tanjung Punggai, Pengerang, Kota Tinggi di sini.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata, akibat kejadian itu seramai 14 kru termasuk seorang rakyat tempatan hilang.

Beliau berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pelbagai aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 digerakkan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) sejak operasi dilancarkan pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 10:25 AM