KEADAAN di Pos Imigresen Wang Kelian lengang selepas arahan pemberhentian Zon Aliran Bebas  di pintu sempadan.
KEADAAN di Pos Imigresen Wang Kelian lengang selepas arahan pemberhentian Zon Aliran Bebas di pintu sempadan.
Oleh Shamsul Munir Safini

Padang Besar: Suasana di kawasan membeli belah di Wang Kelian, di sini, lengang selepas pengumuman Jabatan Imigresen Malaysia berhubung penamatan Zon Aliran Bebas (Free Flow) di pintu sempadan Malaysia-Thailand bermula kelmarin.

Tinjauan Harian Metro juga mendapati, orang ramai terutama pelancong dari Thailand tidak lagi membanjiri kawasan itu walaupun cuti persekolahan panjang di negara jiran terbabit, selain hanya sebahagian daripada ratusan gerai saja beroperasi.

Seorang peniaga Lor Tham Tan, 53, berkata dia sudah berniaga di kawasan itu sejak 20 tahun lalu dan berasa satu perubahan ketara daripada segi jumlah kedatangan pelancong Thailand sejak penguatkuasaan pembatalan zon aliran bebas berkenaan.

“Awak boleh lihat sendiri berapa ramai pelanggan yang datang ke kedai kami? Ia amat berbeza berbanding sebelum ini terutama ketika cuti persekolahan di Thailand.

“Kebanyakan mereka yang datang adalah penduduk yang tinggal berdekatan sempadan dan jarang menggunakan pas sempadan mahupun pasport untuk berkunjung ke Wang Kelian ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 10:04 AM