Guru dan pegawai penjara beramah mesra dengan tiga pelajar cemerlang SPM Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani.
Guru dan pegawai penjara beramah mesra dengan tiga pelajar cemerlang SPM Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani.
Oleh Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani: “Apabila berada di sebalik tirai besi ini, barulah saya sedar kepentingan pelajaran kerana ia menentukan masa depan seseorang, sekali gus saya menanam azam untuk berubah dengan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan.”

Begitu kata Fahmi (bukan nama sebenar), 22, salah seorang daripada tiga penghuni Penjara Sungai Petani, yang memperoleh keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 diumumkan, baru-baru ini.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendapat keputusan 4A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.

Fahmi berkata, dia mengakui tidak berminat belajar kerana bersekolah sehingga tingkatan dua sebelum terbabit dalam aktiviti jenayah seperti menagih dan mengedar dadah.

“Saya pernah menyuarakan niat berhenti sekolah, namun arwah ayah menentang keras niat itu. Keadaan itu membuat saya memberontak dan sering ponteng sekolah sehingga arwah meminta surat berhenti daripada sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:10 AM