MASZELY (tengah) menunjukkan sebahagian daripada permit kerja palsu pekerja warga asing yang  dirampas.
MASZELY (tengah) menunjukkan sebahagian daripada permit kerja palsu pekerja warga asing yang dirampas.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan permit kerja pekerja warga asing dengan penahanan 20 individu termasuk dua dalang utama sindiket terbabit yang dikesan menyediakan khidmat pekerja asing menggunakan dokumen palsu, terutama bagi sektor pembinaan di sekitar Sitiawan, Manjung, dekat sini, sejak setahun lalu.

Turut dirampas, 63 pasport milik warga asing dari India, Pakistan dan Myanmar yang semuanya ditampal dengan permit kerja dipercayai palsu yang kononnya dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, kejayaan itu hasil serbuan yang dilakukan pada Jumaat lalu di sekitar Sitiawan bermula jam 1.30 pagi dan semua tangkapan kecuali seorang adalah warga asing, manakala warga tempatan berusia 46 tahun yang diberkas adalah dipercayai ketua sindiket.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak yang mendapat maklumat awam serta hasil risikan mengenai kegiatan sindiket penipuan itu memberkas tiga warga India yang menaiki sebuah kenderaan di Sitiawan, jam 1.30 pagi Jumaat lalu dan hasil pemeriksaan semuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut menjumpai 60 pasport iaitu (38) pasport India, Pakistan (8) dan Myanmar (14) serta 24 lagi salinan pasport,” katanya semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 8:25 AM