AZAM (kiri)  bersama anaknya mengangkut sampah selepas membersihkan rumah mereka daripada sisa banjir di Kampung Cina.
AZAM (kiri) bersama anaknya mengangkut sampah selepas membersihkan rumah mereka daripada sisa banjir di Kampung Cina.
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kota Bharu: Selut hampir setengah meter selain banyak perabot dan perkakas di Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang rosak akibat banjir menyukarkan kerja pembersihan dilakukan.

Untuk itu khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat diperlukan bagi membantu melancarkan operasi pembersihan.

Selesai menyelamat tidak bermakna tugas pasukan itu berakhir, sebaliknya mereka diperlukan untuk operasi pasca banjir.

Seorang kakitangan kompleks mahkamah yang mahu dikenali sebagai Azam, 30-an berkata, kira-kira 50 kakitangan mahkamah dan anggota bomba bergotong-royong membersihkan sisa banjir, 29 Disember lalu.

“Kalau kami saja, mungkin tak termampu untuk selesaikan dalam tempoh terdekat dengan lumpur penuh begitu.

“Syukur kita ada pasukan bomba dan penyelamat yang efisien. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu datang bantu bersihkan selut dan lumpur,” katanya.

Azam berkata, sekurang-kurangnya empat hari diperlukan untuk bersihkan sisa banjir sepenuhnya.

“Bantuan bomba mengurangkan sedikit tekanan kami untuk bersihkan kawasan sekitar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 6:38 AM