HALUS kerja tangan seorang anak muda graduan Diploma Elektronik dari sebuah kolej.
HALUS kerja tangan seorang anak muda graduan Diploma Elektronik dari sebuah kolej.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Orang ramai yang melalui Jalan Matang Gerdu di sini, pasti terkejut melihat 'nisan terapung' serta kubur di hadapan sebuah rumah papan di situ.

Namun, pemandangan itu bukanlah sesuatu yang pelik bagi penduduk di sekitar kawasan ini kerana replika kubur dan batu nisan itu dibina seorang pembuat batu nisan muda yang mewarisi perniagaan bapanya.

Mohd Syafiq Jamaluddin, 24, memiliki Diploma Elektronik dari kolej KN Education Negeri Sembilan namun memilih kerjaya pembuat batu nisan.

Menurutnya, ilham untuk membuat replika kubur itu tercetus apabila dia sering teringat kata-kata alim ulama yang sering memperkatakan mengenai manusia perlu mengingati kematian yang akan datang pada bila-bila masa.

Katanya, dia nekad membantu keluarga dan mempelajari teknik pembuatan batu nisan daripada bapanya Jamaluddin Ishak 53, yang menjadi pembuat batu nisan sejak 1989.

"Walaupun pendapatan kami tidak seberapa, namun saya bangga kerana mampu menjaga mereka termasuk adik-adik yang masih bersekolah," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:05 AM