KEADAAN kereta remuk selepas melanggar tiang jejambat, semalam.
KEADAAN kereta remuk selepas melanggar tiang jejambat, semalam.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Setiausaha Wanita cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Subang, Intan Zaleha Shahadan maut selepas kereta Proton Perdana dinaiki merempuh tiang jejambat di Lebuh raya Mahameru arah Jalan Duta, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, Intan Zaleha, 38, yang juga Setiausaha Ahli Majlis Kota Damansara meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Turut meninggal dunia rakannya, Muhammad Zaiful Anuar Kadir, 27, berasal dari Sungkai, Perak.

Jurucakap polis trafik berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima sahabat itu terbabas ketika melalui selekoh di lebuh raya berkenaan sebelum merempuh tiang jejambat.

“Akibat rempuhan itu, dua penumpang maut akibat parah manakala dua lagi cedera parah dan masih dirawat di hospital. Pemandu kereta berkenaan, Muhammad Azhar Mohd Noor, 22, yang juga anggota tentera hanya luka di bahagian mata.

“Soal siasat mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang rakan di ibu negara,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:10 AM