MOHAMAD Shukor (tengah) menunjukkan pistol mainan yang dirampas daripada suspek.
MOHAMAD Shukor (tengah) menunjukkan pistol mainan yang dirampas daripada suspek.
Oleh Nur Saliawati Salberi

Klang: Hanya dengan menggunakan pistol mainan, seorang penganggur meraih pendapatan RM5,000 dalam tempoh kira-kira tiga minggu dengan melakukan samun bersenjata sekitar daerah ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu itu dikatakan menggunakan pistol palsu yang dibeli dari sebuah pasar raya untuk menakutkan mangsa sebelum menyamun mereka.

Difahamkan, suspek yang bergerak secara solo itu akan memilih waktu sekitar jam 4.30 pagi hingga 10 pagi untuk melakukan aktiviti jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, susulan tertangkapnya suspek pada 14 Oktober lalu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes samun di daerah itu.

Katanya, suspek yang terbabit dengan empat kes samun bersenjata itu diberkas di rumahnya selepas menyamun seorang pekerja hotel di Klang Sentral.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:12 AM