Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pembangun serta penerbit permainan terkemuka, Ubisoft mengumumkan permainan percuma selama tiga hari untuk judul Watch Dogs: Legion.

  Peminat siri permainan itu boleh melakukan muat turun secara percuma sepanjang minggu ini bermula 4 hingga 6 September untuk semua platform iaitu PlayStation 5, PlayStation 4, laman dagang Epic Games dan Ubisoft Store untuk pengguna desktop.

  Pemain akan diberi peluang selama tiga hari untuk mencuba pengalaman dalam judul berkenaan bagi mod kempen serta mod atas talian.

  Pengguna boleh melakukan pra muat turun bermula hari ini dan akses kepada permainan akan dibuat 4 September nanti.

  Untuk pemain yang mungkin tidak biasa dengan ekosistem Watch Dogs, ia adalah judul di mana pemain akan menjadi karektor seorang 'hackers' dan berjuang untuk mendapatkn keadilan.

  Ubisoft juga menawarkan diskaun pembelian untuk platforn Ubisoft Store serta Epic Games sebanyak 60 peratus untuk versi Standard, Deluxe, Gold dan Ultimate serta 35 peratus pembelian pas musim.

  

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 11:09 PM