Forerunner 55.
Forerunner 55.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar jam pintar tahan lasak, Garmin memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu Garmin Forerunner 55 yang sarat dilengkapi dengan pelbagai ciri khusus.

  Trend pengguna hari ini lebih cenderung untuk membeli peranti boleh pakai berbanding jam tangan konvensional memandangkan jam pintar berkenaan boleh dijadikan 'jurulatih maya' untuk mereka yang mahu kekal gaya hidup aktif.

  Bagi situasi pandemik Covid-19 ketika ini, kehidupan untuk kekal aktif adalah sangat penting bagi membolehkan riadah dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.

  Untuk itu, Garmin melancarkan peranti boleh pakai mereka yang baharu iaitu generasi terbaru menggantikan Garmin Forerunner 45 bersama-sama ciri baharu.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, Forerunner 55 ini didatangkan dengan skrin bersaiz 1.04 inci dengan resolusi 208 x 208 piksel bersama-sama dengan ciri umum seperti kefungsian Sistem Kedudukan Global (GPS).

  Selain itu, Forerunner 55 ini juga turut mempunyai kefungsian pengimbas nadi, glonass, galileo dan beberapa ciri khusus yang lain.

  Garmin sememangnya terkenal dalam penghasilan jam pintar tahan lasak dan kali ini, Forerunner 55 mampu untuk bertahan sehingga 14 hari dalam mod biasa atau 20 jam untuk GPS sekali gus memberi keupayaan kepenggunaan maksimum kepada pengguna,

  Ia didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan 'aqua' manakala tanda harga yang ditawarkan aldalah RM960.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 9:21 PM