P20 Pro cantik, gabung kesenian dan teknologi mudah alih terhebat.
P20 Pro cantik, gabung kesenian dan teknologi mudah alih terhebat.
Afiq Hanif


Kali ini IT@Metro menguji Huawei P20 Pro bukan pada spesifikasinya tapi warna pada model Twilight.

Telefon Huawei P Series memang dikenali dengan reka bentuk, teknologi dan paling istimewa kamera.

Seperti peranti yang sebelumnya, Huawei P20 dan P20 Pro baru menggabungkan kesenian dan teknologi mudah alih terhebat untuk menghasilkan pengalaman fotografi profesional.

Dengan mewujudkan ciri-ciri seperti sensor besar dan lensa apertur luas dalam Huawei P20 dan P20 Pro, Huawei sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan halangan terhadap foto berkualiti tinggi dalam telefon. Ini membolehkan sesiapa saja menghasilkan gambar profesional walaupun tanpa kamera dan peralatan yang mahal.

Kenapa warna Twilight?

Aurora Borealis yang juga dikenali sebagai ‘Cahaya Utara’ adalah salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di dunia.

Ia satu paparan menarik dan pencahayaan dramatik yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.

Huawei membawa fenomena semula jadi yang mengagumkan ini ke tangan pengguna dalam bentuk skim warna telefon pintar.

Uniknya, Huawei menjadi satu-satunya pengeluar fon yang melancarkan warna Twilight dalam sebuah model.

Warna Twilight menjadi tajuk perbualan semua peminat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bukan saja reka bentuk warna istimewa malah ia warna yang unik untuk telefon pintar.

Telefon P20 kelihatan seolah-olah kamera digital apabila dilihat dari bahagian belakang.

Rekaan bahagian belakang telefon P20 Pro Twilight yang terdiri daripada sistem kamera dan panel belakang mematuhi nisbah 20:80 untuk menghasilkan rekaan yang minimalis serta anggun.

Hanya 20 peratus bahagian belakang diperuntukkan untuk logo Huawei dan sistem kamera manakala yang lainnya dibiarkan kosong untuk menampakkan sinaran warna gradien.

Rekaan telefon bersiri P20 adalah berasaskan peraturan reka bentuk yang paling klasik iaitu simetri.

Bentuk simetri melambangkan keharmonian dan menarik dipandang.

Walaupun begitu, peranti yang simetri tidak sebegitu mudah untuk direka apabila jurutera perlu mengatasi pelbagai cabaran sehinggalah pencapaian yang terunggul iaitu reka bentuk unibodi P20 yang simetri yang mana ia menawarkan cengkaman yang selesa.

Kehalusan kerja tangan yang indah merangsang mata manusia dan membolehkannya menafsir warna.

Setiap warna, termasuklah merah, kuning, hijau, biru dan ungu, mempunyai jarak gelombangnya sendiri serta gabungan warna yang boleh kita lihat dengan mata kita membentuk spektrum cahaya.

Warna gradien ungu pada varian Twilight P20 Pro adalah ekspresi cahaya yang paling semula jadi. Semua ini adalah hasil daripada salutan optikal non-conductive vacuum metalizing (NCVM) yang disempurnakan oleh Huawei selepas mengatasi cabaran dan tempoh cubaan yang panjang.

Anda bukan saja anda dapat memegang telefon kamera yang paling maju dari segi teknologi, tetapi akan kelihatan menarik.

Huawei siri P20 adalah hasil daripada pemikiran yang menggabungkan minda dan kecantikan berserta kuasa AI dengan warna Twilight dan tidak ragu-ragu lagi bahawa P20 mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu telefon pintar yang paling kuat dengan paparan visual paling menarik tahun ini (atau pada masa akan datang).

Huawei P20 Pro Twilight mempunyai skrin 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

Selain itu, ia hadir dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

Secara keseluruhannya, P20 Pro mempunyai 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 1:57 PM