CEO Kumpulan Perniagaan Pelanggan Huawei, Richard Yu, di majlis pelancaran Huawei Mate 10 di Munich, Jerman, 16 Oktober 2017. FOTO AFP
CEO Kumpulan Perniagaan Pelanggan Huawei, Richard Yu, di majlis pelancaran Huawei Mate 10 di Munich, Jerman, 16 Oktober 2017. FOTO AFP
Afiq Hanif


PENGGUNA di Malaysia boleh menempah model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699, bermula 19-22 Oktober ini.

Pembeli yang menempah awal bakal memperoleh aksesori dan perkhidmatan tambahan bernilai RM999 secara percuma.

Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan.

Semalam, Huawei melancarkan dua model telefon pintar, Mate 10 dan Mate Pro yang menggunakan penprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0.

Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif. 

Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Kamera dwilensa Leica jenis SUMMILUX-H mempunyai apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.

Huawei Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang mana masing-masing hadir dengan paparan FullView yang mana skrin-ke-badan Levin besar diperoleh.

Warna yang ditawarkan sempena pra tempahan ini adalah coklat atau hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 4:59 PM