Afiq Hanif


Liga Perdana Inggeris sudah bermula, jadi jomlah kita acah-acah jadi pengurus pasukan ala Manchester United atau Chelsea dengan Dream League 2017.

Dream League seakan-akan Fifa yang sememangnya popular jika anda bermain menggunakan konsol permainan di pasaran sedia ada, namun tidak ramai menjangkakannya menarik apabila disatukan dalam iPad.

Anda mungkin silap apabila bermain game bola sepak memang sama hebat dengan bermain di konsol.

Keseronokan bermain bola sepak menggunakan telefon terasa sama saja seperti menyepak bola di padang maya menggunakan konsol lain, apatah lagi kita seolah-olah menjadi Lukaku atau Messi kerana mampu mengawal kaki mereka selain menghalakan bola ke gawang gol.

Mungkin terdapat sedikit perbezaannya kerana permainan seperti bola sepak tertumpu di padang dengan pameran skil gelecek pemain menjadi keghairahan penggemar iPad.

Walaupun ia tidak setanding aksi sebenar di padang bola sepak, sekurang-kurangnya Dream League mampu memberi kepuasan kepada kaki game atau kaki bola untuk melepaskan gian.

Riak muka pemain masih tidak kelihatan dengan jelas, namun ia bukan halangan malah pembangun perlu berbangga kerana berjaya mencipta platform permainan untuk tablet.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 11:51 AM