TUANG dan ratakan gam UHU di bahagian besi tengah tas tangan. Apabila gam hampir kering, cantumkan kedua-dua belah bahagian tengah tas tangan berkenaan. Biarkan kering pada suhu bilik dan tas tangan sedia digayakan ke mana saja.

GUNTING kain yang berlebihan untuk menjadikan ia kemas.
GUNTING kain yang berlebihan untuk menjadikan ia kemas.
SAPU rata gam fabrik di bahagian dalam tas tangan asas dan tampal kain kapas corak berbeza. Biarkan kering seketika.
SAPU rata gam fabrik di bahagian dalam tas tangan asas dan tampal kain kapas corak berbeza. Biarkan kering seketika.
TUANG gam fabrik di permukaan luar tas tangan asas dan ratakan menggunakan span. Tampal kain kapas di bahagian luar pada kedua-dua belah atas tas tangan asas. Biarkan kering seketika.
TUANG gam fabrik di permukaan luar tas tangan asas dan ratakan menggunakan span. Tampal kain kapas di bahagian luar pada kedua-dua belah atas tas tangan asas. Biarkan kering seketika.
POTONG kain kepada empat keping mengikut ukuran yang disarankan. Kemudian, seterika kain untuk lebih kemas.
POTONG kain kepada empat keping mengikut ukuran yang disarankan. Kemudian, seterika kain untuk lebih kemas.
SEDIAKAN bahan diperlukan.
SEDIAKAN bahan diperlukan.
KAIN kapas pereka lebih mahal daripada kain kapas lain.
KAIN kapas pereka lebih mahal daripada kain kapas lain.

Jika dilihat, kebanyakan rekaan tas tangan atau beg genggam (clutch) hanya digayakan ke majlis tertentu saja kerana rekaannya yang glamor dan eksklusif.

Namun, tidak pada rekaan beg genggam yang disiapkan dengan kain kapas pereka yang kelihatan lebih kasual.

Tidak terlalu glamor dengan perincian berkilau, ia boleh digayakan ke mana saja dan ditampilkan dengan cara disangkut pada bahu untuk lebih santai dan kasual atau digenggam ketika menghadiri majlis istimewa.

Bagi anda yang ingin menghasilkan sendiri beg genggam gaya menarik, boleh ikuti langkah mudah yang dikongsi oleh pemilik jenama Mdm Zee Handmade, Hasliza Hitam.

“Penggunaan kain kapas pereka yang didatangkan dengan koleksi rekaan edisi terhad akan membuatkan beg anda kelihatan eksklusif dan mahal walaupun tanpa perincian berkilau.

“Selain mudah dibawa ke mana-mana, beg ini juga boleh ditampilkan dengan pelbagai gaya me­ngikut kreativiti masing-masing. Oleh itu, tidak lagi perlu ada tanggapan mengenai pemakaian beg genggam hanya untuk ke majlis tertentu kerana ia boleh digayakan ke mana saja dengan rekaan menggunakan kain kapas pereka ini,” katanya.

Jelasnya, kain kapas pereka lebih mahal daripada kain kapas lain kerana ada antara koleksi yang didatangkan dengan koleksi edisi terhad dan memiliki peminatnya tersendiri. -Hajahfarhana Tarmudi

Bahan:

- Tas tangan asas (minaudere) berukuran 18 sentimeter (sm)

- Gam fabrik

- Gam UHU

- 4 helai kain kapas pereka (berbeza corak) berukuran 23sm (lebar) ◊15sm (panjang)

- Gunting

- Span

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 12:45 PM