DINO Scala. FOTO Agensi
DINO Scala. FOTO Agensi
AFP

Paris: Mahkamah Perancis, pada Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol puluhan wanita dan melakukan serangan seksual dalam tempoh 30 tahun di sepanjang sempadan negara itu dengan Belgium.

Digelar 'Perogol Sambre' iaitu merujuk kepada sungai yang mengalir melalui wilayah tempat dia melakukan jenayah itu.

Dino Scala yang berusia 61 tahun akan menjalani sekurang-kurangnya dua pertiga daripada hukuman itu.

Dia yang juga bekas penjaga bangunan ditahan pada 2018 dan didakwa atas 17 kesalahan rogol, 12 percubaan rogol dan 27 serangan dalam kes yang mengejutkan Perancis.

"Saya ingin memohon maaf kepada mangsa saya," kata Scala pada Jumaat sebelum hakim menjatuhi hukuman dalam suaranya menunjukkan sedikit emosi.

Pendakwa raya memanggil defendan "amat berbahaya", mengatakan dia merangkumi "kejahatan yang tidak dapat difikirkan".

Scala mengaku salah kepada kira-kira 40 daripada keseluruhan 56 pertuduhan rogol dan serangan

Penyiasat mengesyaki di sebalik jenayah yang dibicarakan di mahkamah, terdapat mangsa lain yang tidak tampil ke hadapan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2022 @ 10:22 AM