GRETA Thunberg. FOTO AFP
GRETA Thunberg. FOTO AFP
AFP

Oslo: Beberapa individu berpengaruh dunia termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg dan aktivis alam sekitar British, David Attenborough antara calon dalam senarai Hadiah Keamanan Nobel 2022.

SVETLANA Tikhanovskay. FOTO AFP
SVETLANA Tikhanovskay. FOTO AFP

Selain itu, Ketua pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya menjadi calon kegemaran Institut Penyelidikan Keamanan Oslo (Prio).

Sementara itu, seorang ahli parlimen Norway berkata, beliau mencalonkan Menteri Luar Tuvalu, Simon Kofe, yang menjadi tajuk utama kerana memberi ucapan pada sidang kemuncak iklim COP26 sambil merakam air laut separas lutut.

DAVID Attenborough. FOTO AFP
DAVID Attenborough. FOTO AFP

Sempena ulang tahun pertama memperingati peristiwa rampasan kuasa tentera Myanmar pada 1 Februari 2021 yang menggulingkan Aung San Suu Kyi, seorang ahli parlimen Norway berkata, beliau mencalonkan kerajaan bayangan yang diisytiharkan sendiri Myanmar, Kerajaan Perpaduan Negara.

"Ia satu-satunya kerajaan sah di Myanmar," kata ahli parlimen Parti Liberal kecil, Ola Elvestuen kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 6:50 AM