CINCIN yang diperbuat daripada karbon bunga peony. FOTO China Daily.
CINCIN yang diperbuat daripada karbon bunga peony. FOTO China Daily.
Agensi

Beijing: Berlian pertama di dunia yang diperbuat daripada unsur karbon diperoleh daripada bunga peony dipamerkan di Luoyang, wilayah Henan, baru-baru ini, lapor China Daily.

Berlian tiga karat itu diperoleh daripada bunga peony merah di taman bunga negara di Luoyang. Ia sudah didermakan oleh Luoyang Time Promise Co kepada Taman Peony Kebangsaan Luoyang.

"Berlian itu bernilai AS$41,400 (kira-kira RM197,000).

"Ia dituai daripada bunga peony menggunakan teknologi pengekstrakan karbon biogenik kami, tertakluk kepada suhu dan tekanan tinggi," kata ketua syarikat, Wang Jing.

Pada penghujung Mac lalu, taman peony itu bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam penghasilan berlian.

Usaha itu menggunakan pokok bunga peony berusia hampir 50 tahun di taman terbabit.

Tulang dan rambut mengandungi unsur karbon. Menurut laporan China Daily, karbon juga adalah elemen dalam berlian.

Jadi, teknologi yang diguna pakai oleh syarikat itu dapat mengekstrak unsur karbon dalam peranti yang direka khas dan memecahkan ikatan kimia antara atom karbon yang diekstrak.

Kemudian, unsur-unsur itu bergabung semula menjadi struktur berlian. Ia kemudian membentuk berlian, menurut syarikat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 1:52 PM