IKAN spesis óarfish' yang ditangkap nelayan Thailand. FOTO Agensi
IKAN spesis óarfish' yang ditangkap nelayan Thailand. FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Nelayan di Thailand menemui ikan spesies 'oarfish' sepanjang 2.7 meter yang didakwa petanda tercetusnya gempa bumi dan tsunami.

Portal Metro UK melaporkan, kemunculan kedua yang dipanggil 'ikan gempa bumi' di Teluk Andaman, Thailand setakat tahun ini mencetuskan kebimbangan akan berlakunya gempa bumi atau tsunami.

Oarfish yang hidup di kedalaman lautan dunia seperti ular dan mampu bertahan dengan air sedalam 1,000 meter di dasar lautan.

Oarfish, hidup di lautan dalam dan jarang dilihat manusia, malah ia mampu bertahan dengan kedalaman 1,000 meter di dasar laut.

Ini bermakna haiwan ini cenderung untuk mati lebih cepat jika naik ke perairan cetek dan badan mereka mengembang akibat tekanan.

Dalam mitologi Jepun, makhluk laut itu kadangkala dipanggil 'ikan gempa bumi' dan dianggap sebagai 'petanda tragedi', muncul sebelum bencana alam atau penyakit berjangkit.

Enam daripada makhluk laut dalam itu dikesan beberapa hari sebelum gempa bumi maut membunuh enam orang dan mencederakan lebih 120 di selatan Filipina pada 2017.

Ikan seberat 8.6 kilogram diangkut ke atas sebuah kapal nelayan di Laut Andaman, kira-kira lapan batu nautika dari Phuket, Thailand.

Bangkai itu didapati dalam keadaan baik, selain terdapat luka kecil di kepalanya, menurut pihak berkuasa.

Pakar juga akan menganalisis bangkai seekor lagi ikan oarfish yang ditemui di luar Wilayah Satun, lebih jauh ke selatan di pantai Andaman Thailand, pada 4 Januari lalu.

Kedua-duanya akan dipamerkan di muzium tempatan sebaik sahaja pegawai menyelesaikan penyelidikan mereka.

Penemuan pada 4 Januari itu mencetuskan kebimbangan mengenai bencana yang akan berlaku dalam kalangan mereka yang percaya ikan oarfish sebagai petanda malang.

Seorang penduduk di kawasan tempat ia ditemui berkata, jika menemui ikan oarfish di sekitar Satun, ia mungkin menunjukkan kebimbangan berpotensi untuk gempa bumi di sepanjang pantai Andaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 11:37 AM