ERDOGAN bertemu meets with Perdana Menteri Kurdistan Wilayah Iraq, Masrour Barzani pada World Government Summit, di Dubai. FOTO Murat Cetinmuhurdar/PPO via Reuters
ERDOGAN bertemu meets with Perdana Menteri Kurdistan Wilayah Iraq, Masrour Barzani pada World Government Summit, di Dubai. FOTO Murat Cetinmuhurdar/PPO via Reuters
BERNAMA

Dubai: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru semua negara yang 'prihatin'[ untuk berdiri teguh di belakang Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), memandangkan agensi ini telah memainkan peranan penting dalam membantu jutaan pelarian di Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin.

Berucap pada World Governments Summit (WGS) 2024 di sini pada Selasa, Erdogan menyuarakan kebimbangan berhubung semakin banyak kritikan terhadap UNRWA, terutamanya selepas dakwaan yang membabitkan beberapa kakitangan agensi itu dalam konflik antara Hamas-Israel di Gaza.

Menurut beliau, walaupun UNRWA telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu, pemotongan dana daripada beberapa negara berisiko memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Erdogan menekankan kepentingan menangani punca konflik Gaza dan menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Beliau menggesa Israel untuk menghentikan dasar-dasarnya dan mengakui hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka bagi memastikan keamanan yang berkekalan di rantau itu.

Sempena lawatannya ke UAE untuk sidang kemuncak itu, Erdogan mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Turkiye untuk perjuangan Palestin, mengutuk tindakan Israel di Gaza selain menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 7:57 AM