Jurukamera Al Jazeera, Samer Abu Daqqa terbunuh manakala Ketua Biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera ketika membuat liputan di sebuah sekolah di Khan Younis, selatan Gaza, semalam. FOTO Tangkap layar Al-Jazeera via AFP
Jurukamera Al Jazeera, Samer Abu Daqqa terbunuh manakala Ketua Biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera ketika membuat liputan di sebuah sekolah di Khan Younis, selatan Gaza, semalam. FOTO Tangkap layar Al-Jazeera via AFP
AFP

Baitulmaqdis: Jurukamera Al Jazeera, Samer Abu Daqqa terbunuh manakala Ketua Biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera ketika membuat liputan di sebuah sekolah di Khan Younis, selatan Gaza, semalam.

Rangkaian Qatar melaporkan, mereka terkena serpihan peluru berpandu dilancarkan di kawasan terbabit.

Al Jazeera dalam kenyataan mengecam serangan dron tentera Israel itu sehingga mengorbankan dan mencederakan pengamal media mereka.

"Samer yang parah mengalami pendarahan selama lebih lima jam sebelum dia meninggal dunia.

"Ia selepas tentera Israel menghalang ambulans dan pekerja penyelamat daripada merawatnya sekali gus menafikan rawatan kecemasan yang sangat diperlukan," katanya.

Dalam kemas kini berita, Al Jazeera berkata, Wael sempat meninggalkan kawasan serangan untuk mencari bantuan untuk Samer.

Namun, apabila Wael tiba ke ambulans, paramedik memaklumkan mereka tidak dapat masuk ke lokasi serangan berikutan terlalu bahaya.

Menurut seorang wartawan AFP, Wael cedera di lengan dan dirawat ke Hospital Nasser di Khan Younis.

Sementara itu, cubaan AFP mendapatkan maklum balas tentera Israel gagal apabila mereka enggan mengulas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 1:47 PM