BERUANG yang disangka adalah anjing. FOTO Agensi
BERUANG yang disangka adalah anjing. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Sebuah keluarga di luar bandar China yang pada awalnya menyangka memelihara seekor anjing, namun terkejut apabila haiwan itu sebenarnya adalah beruang, dua tahun kemudian.

India Times melaporkan, Su Yun, yang tinggal di luar Kunming di Wilayah Yunnan, dikatakan membeli 'anak anjing' itu ketika bercuti pada 2016.

Ketika itu, Su diberitahu haiwan dibelinya adalah anjing baka Tibetan Mastiff.

Bagaimanapun, Su pelik melihat tabiat 'anjing' itu yang luar biasa kerana boleh makan sekotak buah-buahan dan mi sebanyak dua baldi, setiap hari.

Ia menjadikan haiwan itu mencapai berat 113.4 kilogram (kg) dan ia terus membesar dalam tempoh dua tahun.

Kekeliruan wanita itu bertukar menjadi ketakutan apabila dia melihat keupayaan luar biasa haiwan itu untuk berjalan dengan dua kaki.

"Semakin ia membesar, kelihatan ketara bentuk fizikalnya seperti beruang," kata Su kepada media tempatan.

Lama-kelamaan, Su jadi semakin was-was dan takut dengan haiwan peliharaannya itu.

Bagi mendapatkan kepastian, Su menghubungi polis sebelum wanita itu mendapat pengesahan bahawa haiwan itu rupanya seekor beruang hitam Asia yang jarang ditemukan.

Pekerja yang datang ke rumah Su untuk mengambil beruang itu terpaksa 'menidurkan' haiwan berkenaan, sebelum membawanya ke Penyelamat Hidupan Liar Yunnan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 1:08 PM