FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Lelaki berusia 22 tahun didakwa membunuh rakannya kerana menghantar mesej teks dan membuat panggilan kepada teman wanitanya, yang sebelum ini menjalinkan hubungan dengan mangsa, kata polis.

Portal NDTV melaporkan, tertuduh didakwa bertindak kejam dengan memenggal kepala rakannya, mengeluarkan jantung dan alat sulitnya, memotong jarinya, dan kemudian berjalan ke balai polis untuk menyerah diri.

Polis menjalankan siasatan terperinci selepas mendaftarkan kes berdasarkan kenyataan tertuduh dan menemui mayat bagi dipindahkan ke hospital kerajaan tempatan untuk bedah siasat.

Menurut polis, Naveen dan Harihara Krishna menamatkan pengajian bersama di kolej di Dilsukhnagar.

Kedua-duanya jatuh cinta dengan gadis yang menuntut di kolej sama.

Naveen mula menyatakan cinta dan gadis itu menerima lamaran untuk menjalin hubungan sebagai kekasih.

Beberapa tahun kemudian, mereka berpisah dan gadis itu menjalin hubungan cinta pula dengan Harihara Krishna.

Walaupun sudah putus cinta, Naveen sentiasa berhubung dengan gadis itu dan terus menghantar mesej dan membuat panggilan telefon yang menyebabkan Krishna sangat kecewa.

Krishna menunggu lebih tiga bulan untuk membalas dendam.

Pada 17 Februari lalu, kedua-dua lelaki itu bertengkar selepas mabuk dan Krishna mencekik Naveen hingga mati.

Menurut polis, Krishna tidak hanya memenggal kepala mangsa, malah mengeluarkan beberapa organ lain termasuk alat sulit yang dicincang.

"Tertuduh didakwa mengambil gambar dan menghantarnya kepada teman wanita di WhatsApp.

"Siasatan terperinci mengenai kes itu sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 12:37 PM