AHMED Qureia. FOTO fail AP
AHMED Qureia. FOTO fail AP
BERNAMA

Ramallah: Bekas Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Rabu.

Abbas menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Palestin sambil berkata Qureia mendedikasikan hidupnya mempertahankan perjuangan Palestin.

Abbas turut memuji Qureia atas sokongannya dalam mempromosikan pembentukan Negara Palestin termasuk sumbangan terhadap Pertubuhan Pembebasan Palestin, lapor Agensi Berita WAFA.

Qureia antara tokoh utama dalam Perjanjian Oslo dan beliau membela perjuangan rakyat Palestin di arena nasional dan antarabangsa, kata Abbas.

Jenazah pemimpin itu dikebumikan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Khamis.

Qureia, yang menyertai gerakan pembebasan nasional Palestin Fatah pada 1968, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri antara 2003-2006.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 7:56 AM