FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Kaherah: Gara-gara seorang penumpang wanita bertengkar dengan suaminya, penerbangan Flyadeal dari ibu negara Mesir ke Jeddah, Arab Saudi tertangguh kira-kira sejam.

Gulfnews melaporkan, penerbangan F3 754 yang dijadualkan berlepas pada jam 8 pagi, Rabu lalu tertangguh selepas wanita itu pengsan ketika bergaduh dengan suaminya yang berada di Arab Saudi menerusi panggilan telefon.

Media tempatan melaporkan, menurut sumber, juruterbang terpaksa menangguhkan penerbangan selepas dimaklumkan keadaan wanita itu.

Kru terpaksa menenangkan wanita itu, namun selepas sedar dia meminta perjalanannya ke Jeddah dibatalkan.

Menurut sumber wanita itu tidak mahu meneruskan perjalanan kerana bimbang suaminya memukulnya apabila tiba di Jeddah.

Bagi menuruti permintaan wanita itu, juruterbang terpaksa berpatah balik ke ruang parkir untuk menurunkannya di lapangan terbang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 3:40 PM