GAMBAR dimuat naik Jokowi di IG sempena majlis perkahwinan anak lelakinya, Kaesang. FOTO IG Jokowi

Agensi

Jakarta: Anak Presiden Indonesia Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Erina Gudono dalam majlis yang diadakan penuh meriah, Jumaat lalu.

Presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar upacara bersiram pasangan muda itu yang menjadi adat masyarakat tempatan di Instagram (IG) miliknya.

"Syukur Alhamdulillah, proses sungkeman (tanda hormat dan restu)? dan siraman berjalan dengan baik dan lancar.

"Kami sekeluarga memohon doa restu kepada masyarakat supaya proses selanjutnya dapat berjalan dengan baik.

"Kami juga memohon maaf seandainya penganjuran majlis pernikahan Kaesang dan Erina mengganggu kelancaran trafik khususnya penduduk yang menetap Jogjakarta dan Kota Surakarta," tulisnya pada kapsyen gambar

Difahamkan, Kaesang anak bongsu Jokowi yang berusia 27 tahun itu adalah YouTuber.

Lelaki itu juga adalah graduan lulusan ACS International di Singapura dan memiliki kelab bola sepak Liga 2, Persis Solo bersama ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 11:48 AM