CITAH liar dari Namibia. FOTO AP
CITAH liar dari Namibia. FOTO AP
Agensi

New Delhi: Usaha India untuk membawa citah dari Namibia ke negaranya berdepan kesukaran kerana haiwan itu didapati dari baka yang dibiakkan dalam kurungan.

Menurut laporan The Times of India, tiga daripada lapan citah yang akan dibawa ke India adalah dibiakkan dalam kurungan menyebabkan haiwan itu tidak mampu untuk memburu di habitat asal.

Tiga harimau itu yang membesar dalam kurungan itu akan digantikan dengan haiwan sama dari baka liar, namun ia akan dikuarantin selama sebulan di Namibia sebelum dihantar ke India.

Menurut laporan itu, harimau berkenaan tidak mampu memburu sendiri di hutan yang mempunyai populasi harimau bintang yang banyak dan berkemungkinan menyukarkan kehidupan haiwan itu kelak.

India berusaha menggantikan haiwan dari baka itu.

Namun usaha itu usaha untuk mendapat kelulusan untuk kuarantin dan penempatan semula mengikut Konvensyen Perdagangan Antarabangsa untuk Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam, mungkin menyebabkan program itu tertangguh hingga November depan.

Baru-baru ini, Kementerian Kesatuan Alam Sekitar berkata, bahawa laporan mengenai harimau itu dikatakan terperangkap ketika transit adalah tidak berasas sama sekali.

"Apabila tiba, harimau itu akan dikuarantin dan dipantau sebelum dilepaskan.

"Laporan beberapa media bahawa harimau dari Afrika masih terperangkap ketika transit adalah tidak berasas sama sekali," kata kementerian itu.

Pada 20 Julai lalu, India dan Namibia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk memperkenalkan semula haiwan itu di India yang diisytiharkan pupus di negara itu, pada 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 11:04 AM