FOTO HIASAN. FOTO Reuters
FOTO HIASAN. FOTO Reuters
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menggesa individu yang dijangkiti cacar monyet supaya mengelak daripada mendedahkan anjing dengan virus itu.

Ia susulan kes pertama membabitkan jangkitan virus itu daripada manusia kepada anjing.

Kes itu dilaporkan antara dua lelaki dan anjing yang tinggal bersama mereka di Paris, menurut jurnal perubatan, The Lancet.

"Ini adalah kes pertama membabitkan penularan antara manusia dan haiwan... kami percaya bahawa ia adalah anjing pertama yang dijangkiti," kata ketua teknikal WHO untuk cacar monyet, Rosamund Lewis, kepada pemberita.

Beliau berkata, pakar sebelum ini menyedari mengenai risiko penyebaran seperti itu dan agensi kesihatan sudah mengeluarkan panduan supaya mereka yang dijangkiti virus itu perlu mengasingkan diri daripada haiwan peliharaan.

Katanya, pengurusan sampah juga kritikal bagi mengurangkan risiko jangkitan virus itu kepada tikus dan haiwan lain di luar rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 8:50 AM