PENUMPANG yang terselamat selepas helikopter milik Pengawal Keselamatan terhempas di Korea Selatan. FOTO Reuters
PENUMPANG yang terselamat selepas helikopter milik Pengawal Keselamatan terhempas di Korea Selatan. FOTO Reuters
BERNAMA

Incheon/Jeju: Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai terhempas di perairan pulau Mara, Korea Selatan pada Jumaat, menyebabkan dua maut dan seorang lagi hilang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Helikopter Sikorsky S-92 membawa empat kru sebelum terhempas di perairan 370 kilometer barat daya Pulau Mara pada 1.32 pagi waktu tempatan.

Mangsa yang terkorban termasuk dua pembantu juruterbang, dikenali Chung, 51, dan Hwang, 28, manakala seorang mekanik, Cha, 42, dikhuatiri hilang.

Seorang lagi juruterbang Choi, 47, berjaya diselamatkan bot peronda dan dilaporkan selamat, menurut pegawai.

Nahas berlaku ketika helikopter itu dalam perjalanan pulang ke Busan selepas terlibat dalam operasi menyelamat di perairan berhampiran Taiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 2:53 PM