LIPAS ditemukan di dalam telinga lelaki berkenaan. FOTO Agensi
LIPAS ditemukan di dalam telinga lelaki berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Auckland: Seorang lelaki yang menyangka bendasing dalam telinganya hanya 'air' terkejut sebaik mendapati ia adalah lipas.

CNN melaporkan, Zane Wedding dari Auckland, New Zealand, pergi berenang di kolam renang dan selepas itu, dia mengalami telinga tersumbat.

Dia meletakkan beberapa titisan ubat di telinganya sebelum tertidur lena di sofa.

Bagaimanapun, keesokan harinya, telinganya masih tersumbat dan ia menimbulkan kesakitan sebelum mengambil keputusan berjumpa doktor.

Doktor memberitahu kemungkinan air di dalam telinganya dan mencadangkan menggunakan pengering rambut untuk mengatasi masalah itu.

Zane kemudian menghabiskan hujung minggunya dengan menghalakan pengering rambut ke dalam telinganya.

Lelaki berusia 40 tahun itu mencuba pelbagai kaedah termasuk gula-gula getah dan lilin, tetapi tidak berjaya.

Zane berkata, keadaan itu menyebabkan dia mengalami pening untuk berdiri dan dapat mendengar cecair bergerak di dalam telinganya.

Tetapi apa sahaja yang dia lakukan untuk mengeluarkan 'air' itu tidak berjaya.

Zane kemudian berjumpa pakar telinga dan diberitahu terdapat serangga dalam telinganya.

"Saya serta-merta terfikir saya baru sahaja mengepam udara panas ke dalam kepala saya dan 'memasak' lipas di telinga saya sepanjang hujung minggu. Ia membuatkan saya berasa sakit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 January 2022 @ 12:17 PM