GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Miami: Seorang ibu di Florida ditembak mati anaknya ketika dia sedang mengadakan perbincangan menerusi aplikasi Zoom.

Ketika kejadian, Shamaya Lynn, 21, sedang bermesyuarat bersama rakan sekerjanya sebelum tiba-tiba rebah.

Rakan sekerja dalam aplikasi Zoom mendengar bunyi tembakan kuat, kata kenyataan Polis Altaminte Spring.

Rakan sekerjanya segera menghubungi talian kecemasan 911 selepas Lynn dilihat tidak kembali di depan komputernya.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa yang tidak bernyawa dengan kesan tembakan di kepala.

Penyiasat tidak menolak kecederaan dialami mangsa disebabkan tembakan dilepaskan anaknya.

Pistol itu ditemui kerana mangsa tidak menyimpannya dalam keadaan selamat.

Difahamkan, senjata api berkenaan adalah kepunyaan suaminya.

"Kepada sesiapa yang memiliki senjata api diminta menyimpannya di tempat berkunci dan selamat," kata Pegawai Polis, Roberto Ruiz Jr seperti dilaporkan Fox News.

Kanak-kanak itu adalah seorang daripada dua anak Lynn dan kini mereka dilaporkan dalam jagaan keluarga terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 6:31 AM