GUNUNG berapi Taal. FOTO AFP
GUNUNG berapi Taal. FOTO AFP
AFP

Manila: Agensi seismologi Filipina mengeluarkan arahan untuk memindahkan ribuan penduduk yang menetap berhampiran gunung berapi Taal selepas ia mengeluarkan wap dipercayai gas beracun sulfur dioksida (SO2) dan serpihan batu ratusan meter ke udara.

Gunung berkenaan dipercayai mengeluarkan gas sejak beberapa hari lalu menyebabkan jerebu di kawasan sekitar dan wilayah berhampiran serta mencetuskan amaran kesihatan.

Letusan terakhir yang dilaporkan adalah pada Januari 2020 di mana abu memenuhi ruang udara setinggi 15 kilometer selain pengaliran lava menyebabkan lebih 135,000 penduduk dipindahkan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menjangka kemungkinan berlaku letusan susulan dan meningkatkan amaran dari tahap dua ke tahap tiga.

"Kami hanya memberi amaran memandangkan sesuatu sedang berlaku dan ia mungkin menyebabkan aktiviti lebih besar," kata Ketua Phivolcs, Renato Solidum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 7:57 PM