SALAH satu pesawat Vistara. FOTO fail AFP
SALAH satu pesawat Vistara. FOTO fail AFP
AFP

Hong Kong: Sekurang-kurangnya 49 penumpang pesawat dari New Delhi disahkan positif Covid-19, menurut pihak berkuasa.

Semua penumpang itu disahkan positif selepas tiba di Hong Kong menerusi pesawat Vistara pada 4 April lalu.

Ujian saringan di Hong Kong dilaksanakan secara berkala berjaya merekodkan penurunan kes harian selepas gelombang keempat Januari lalu.

Pihak berkuasa Hong Kong melaksanakan sekatan selama dua minggu penerbangan dari India, Pakistan dan Filipina, bermula Isnin.

Negara berkenaan dikategorikan sebagai 'sangat berisiko tinggi'.

Ia selepas penemuan varian Covid-19 baharu N501Y buat kali pertama.

India pula kini sedang berusaha mengawal lonjakan kes jangkitan baharu sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan katil rawatan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 2:28 PM