GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Geneva: Sebuah pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menghabiskan masa hampir sebulan di China untuk menyiasat asal usul pandemik Covid-19 dijangka memberi taklimat kepada media di Wuhan hari ini.

"Pasukan antarabangsa yang sedang menyiasat untuk memahami asal usul virus Covid-19 dalam proses melengkapkan empat minggu tugasan mereka di Wuhan, China.

"Pasukan pakar itu bersama dengan rakan mereka dari China akan mengambil bahagian dalam satu sidang akhbar," menurut WHO.

Taklimat itu diadakan kira-kira pada pukul 4 petang (waktu tempatan) di sebuah hotel yang terletak di bandar itu.

Kes pertama Covid-19 dikesan di Wuhan pada Disember 2019.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 11:55 AM