FOTO Hiasan. FOTO Agensi
FOTO Hiasan. FOTO Agensi
Agensi

Korea: Polis menahan lelaki berusia 37 tahun yang membawa skuter elektrik dalam keadaan mabuk di Hongcheon, wilayah Gangwon.

Lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan menggunakan ujian pernafasan bagi mengesan kandungan alkohol.

Hakim Mahkamah Daerah Chuncheon, Cheong Moon-sik menjatuhkan hukuman denda RM18,525 terhadap lelaki itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan.

Kes itu mula dibicarakan pada 15 Julai atas tuduhan gagal ujian alkohol dan polis melihat sendiri wajah tertuduh merah (mungkin disebabkan alkohol) dan lelaki itu berada dalam keadaan terhuyung-hayang ketika mengendalikan skuter itu.

Ketika polis menahannya, lelaki itu menjerit: "Ini skuter atau kereta? Jangan mengarut", katanya yang enggan mengambil ujian pernafasan.

Mahkamah dalam membuat keputusan berkata, tertuduh melakukan kesalahan lagi dan sebelum ini dia sudah mempunyai dua rekod jenayah memandu dalam keadaan mabuk.

Cheong berkata mahkamah masih menimbang bahawa skuter elektrik yang dipandu lelaki itu adalah milik peribadinya dan tidak terletak di bawah Akta Lalu Lintas

Menurutnya mahkamah masih mempertimbangkan bahawa e-skuter yang dipandu lelaki itu di tempat kejadian adalah alat mobiliti peribadinya, yang tidak termasuk dalam hukuman di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang disemak semula yang berkuat kuasa pada 10 Disember.

Undang-undang yang disemak semula menetapkan mereka yang mempunyai lesen memandu sahaja yang boleh mengendalikan skuter elektrik itu.

Sebelum ini undang-undang itu membenarkan mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas dibenarkan membawa skuter itu dengan had kelajuan maksimum 25 kilometer sejam.

Bagaimanapun, undang-undang baharu itu hanya boleh diguna pakai selepas April 2021.

Peningkatan penggunaan skuter elektrik secara drastik menyebabkan undang-undang itu disemak semula bagi memastikan keselamatan di kalangan masyarakat.

Dalam kes di Wilayah Gyeonggi pada September lalu, sebanyak 380 skuter dirampas selepas dilihat diparkir secara haram.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 1:54 PM