LEBIH 155,000 penjawat awam di Kanada akan melancarkan mogok. FOTO The Canadian Press
LEBIH 155,000 penjawat awam di Kanada akan melancarkan mogok. FOTO The Canadian Press
AFP

Ottawa: Lebih 155,000 penjawat awam di Kanada akan melancarkan mogok jika perjanjian tidak dicapai dengan kerajaan mengenai gaji dan tuntutan lain, kata kesatuan mereka pada Isnin.

Kakitangan kerajaan yang bekerja di lebih 20 jabatan termasuk Agensi Hasil Kanada tidak mempunyai kontrak sejak 2021.

Mereka mengundi secara besar-besaran, minggu lalu, untuk mogok.

Pegawai kesatuan berkata, kedua-dua pihak terkilan mengenai gaji, jaminan pekerjaan dan remote work (bekerja dari jarak jauh).

"Pekerja ini seperti semua yang lain berhak mendapat gaji yang adil dan keadaan kerja yang baik. Walaupun terdapat beberapa kemajuan di meja perundingan, ahli kami kecewa kerana sementara rundingan berlarutan, mereka terus ketinggalan," Chris Aylward, presiden kebangsaan Perikatan Perkhidmatan Awam Kanada (PSAC), memberitahu sidang akhbar.

Jika perjanjian tidak dicapai pada jam 9 malam (waktu tempatan) Selasa ini, mogok umum kebangsaan akan bermula jam 12.01 tengah malam Rabu.

PSAC adalah lebih kecil berbanding Kesatuan Pekerja Awam Kanada, tetapi mogok oleh ahlinya masih menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan awam.

Jika pekerja PSAC mogok, rakyat Kanada diberitahu untuk menjangkakan kelewatan dalam pemprosesan penyata cukai pendapatan, imigresen dan permintaan suaka, permohonan pasport dan permit pekerja asing.

Perkhidmatan konsular dan permintaan baharu untuk faedah veteran juga akan terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 10:24 AM