ANDRES Manuel Lopez Obrador. FOTO Reuters
ANDRES Manuel Lopez Obrador. FOTO Reuters
AFP

Mexico City: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menyampaikan sidang akhbar hariannya yang ke-1,000, semalam.

Sejak menyandang jawatan pada Disember 2018, presiden berhaluan kiri pertama Mexico itu menjawab soalan daripada wartawan sehingga tiga jam setiap pagi, Isnin hingga Jumaat.

Arturo Hurtado, seorang penjual makanan berusia 50 tahun di Mexico City, mengikuti program itu di televisyen kecil, dari jam 7 pagi.

"Ia kerja yang hebat dan memenatkan bagi saya tetapi barulah kamu boleh menjadi lebih dekat dengan orang ramai," kata Hurtado, mengalu-alukan peluang untuk mendengar 'berita hari ini' daripada Lopez Obrador.

Bukan sahaja berita yang disampaikan oleh lelaki berusia 69 tahun itu dari Istana Negara, malah jawapannya yang panjang berjela, selain serangan kerap ke atas lawan dan wartawan.

Lopez Obrador juga memperkenalkan segmen 'pembohongan minggu ini' di mana kerajaannya berusaha untuk membongkar apa yang dianggapnya sebagai berita palsu.

Lopez Obrador, yang mempunyai 'approval rating' sekitar 60 peratus, menganggap acara itu sebagai 'saluran komunikasi tanpa kehadiran media kerajaan, katanya.

Luis Estrada, pakar politik daripada firma perunding Spin yang memantau rapat sidang akhbar, percaya mereka lebih mementingkan propaganda daripada maklumat atau akauntabiliti.

"Lopez Obrador sudah membuat lebih daripada 86,000 kenyataan pada sidang akhbar yang palsu, mengelirukan atau tidak boleh disahkan," kata Estrada.

Bagaimanapun, penulis, Miguel, seorang penyokong kerajaan, melihat taklimat itu sebagai pengimbang kepada laporan media massa yang bersimpati kepada pembangkang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2022 @ 12:57 PM