BRAD Pitt. FOTO fail AFP
BRAD Pitt. FOTO fail AFP
Agensi

New York: Anda mungkin tidak dikenali jika bertemu kali kedua dengan aktor Brad Pitt.

Ini kerana pelakon terkenal itu mengakui berdepan masalah untuk mengingati wajah seseorang seperti didedahkan dalam temu bual bersama majalah GQ.

Masalah dihadapi Pitt ini dikenali sebagai prosopagnosia yang menjadikan dia sukar mengingati wajah seseorang.

Walaupun masih belum disahkan secara perubatan namun Pitt, 58, mengakui dirinya berdepan masalah itu.

"Tiada siapa pun yang mempercayai perkara ini. Saya mahu bertemu mereka yang mempunyai masalah sama," katanya.

Keadaan ini menyebabkan dia takut untuk bertemu dengan sesiapa kerana bimbang dianggap suka menyendiri.

Prosopagnosia adalah gangguan neurologi yang boleh menyebabkan orang mengalami kesukaran untuk mengenali ahli keluarga atau rakan, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 10:54 AM