ANGGOTA polis mengarahkan suspek (kanan)  memasuki  bangunan terminal lapangan terbang.  FOTO Agensi
ANGGOTA polis mengarahkan suspek (kanan) memasuki bangunan terminal lapangan terbang. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang wanita ditahan kerana berlari ke atas landasan lapangan terbang selepas didakwa menghabiskan masa di bar sehingga terlewat menaiki penerbangannya.

Daily Star melaporkan Vickie Meyers, 53, memasuki kawasan larangan selepas terdesak menaiki pesawat Spirit Airlines di Lapangan Terbang Sky Harbour di Phoenix, Amerika Syarikat, Ahad lalu.

Menerusi video disiarkan rakan pengembara dikenali sebagai Anthony, Vickie dilihat diiringi untuk menaiki tangga terletak di sebelah pesawat.

Pegawai polis lapangan terbang mengikut di belakang wanita itu sehingga dia memasuki bangunan terminal.

Dia kemudian digari dan dibawa ke bilik soal siasat.

Anthony menulis dalam komen: "Pesawat saya ke Detroit menunggu untuk pintu masuk, tetapi wanita ini cuba menghalang penerbangan St Louis yang terlepas dengan berlari keluar di landasan."

Penonton lain menyedari penumpang bertepuk tangan dengan penahanan wanita itu ketika mereka menonton dan merakam insiden berkenaan.

Meyers dari St Louis, Missouri, ditangkap kerana menceroboh dan dibawa ke penjara daerah Maricopa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 6:01 AM