POLIS di lokasi kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan dan membunuh dua individu. FOTO Agensi
POLIS di lokasi kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan dan membunuh dua individu. FOTO Agensi
BERNAMA

San Francisco: Dua maut dan beberapa lagi cedera, termasuk seorang pegawai polis, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Boise, Idaho, dekat sini, semalam, kata polis.

Pihak berkuasa tempatan, menurut Xinhua, dipercayai hanya seorang lelaki bersenjata yang kini dalam tahanan.

Motif suspek masih tidak diketahui. Gabenor Idaho Brad Little berkata, negeri itu bersedia untuk membantu Jabatan Polis Boise menjalankan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 1:05 PM